Perbezaan Intraprenuership & Entreprenuership
Takrif Umum :
Intraprenuership
- ditakrifkan sebagai entreprenuer yang berlaku di dalam organisasi yang merupakan jambatan jurang antara ilmu dengan keinginan pasaran.
Entreprenuership
- jiwa entrepreneur yang dibina untuk merapatkan antara ilmu dengan kemampuan pasaran,Entrepreneurship meliputi pembentukan syarikat baru,aktiviti serta kemampuan mengurus yang diperlukan seorang entreprenuer.
-Berasal dari perkataan Perancis(entreprende) yang bermaksud kedudukan antara pembekal dengan pengguna.
-Pertengahan abad:individu yang mengendalikan projek pengeluaran yang berskala besar.
-Kurun ke-7:Seseorang yang menanggung risiko untung atau rugii akibat kontrak dengan kerajaan pada harga tetap
Sumber:
- Norita Deraman,Armanurah Muhamad,Habshah Bakar,Norashidah Hashim dan Ooi Yeng Keat,Keusahawanan Teori dan Praktis,page 5
- http://mlgcoffee.com/2011/05/17/definisi-entrepreneurship-intrapreneurship-entrepreneurial-entrepreneur/
"Hari ini kita tolong orang, esok orang tolong kita"
MENYEBUT nama tokoh yang seorang ini pastinya ramai yang mengenali beliau sebagai seorang usahawan Melayu yang sangat berjaya. Kejayaan dan kekayaan beliau ini adalah hasil dari titik peluh sendiri. Ini kerana beliau telah menceburi bidang perniagaan sejak umur belasan tahun lagi.
Hasil kejayaan beliau sekarang banyak didorong oleh semangat untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Ini satu usaha murni yang semakin terhakis dalam diri masyarakat. Beliau yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Memang setiap kali bercerita tentang beliau, kita semua tidak boleh mengelak dari berbicara tentang kekayaan yang dimilikinya. Selain itu kehebatan beliau menguruskan pelbagai cabang perniagaan di dalam dan luar negara juga sentiasa meniti bibir orang ramai.
Kenapa beliau sering menjadi tumpuan walaupun terdapat ramai lagi usahawan berjaya di Malaysia? Jawapannya kerana beliau merupakan satu-satunya orang Melayu yang berjaya menduduki senarai 10 orang bilionair di Malaysia, satu kedudukan yang pastinya sangat membanggakan kita semua sebagai orang Melayu.
Menduduki tempat kelapan senarai orang terkaya Malaysia dengan wang tunai dan aset sebanyak AS$1.8 bilion (RM6.5 bilion) pastinya setiap berita dan pergerakan beliau ini akan menjadi perhatian. Namun bagi beliau kekayaan dan kejayaan yang diperoleh bukanlah sesuatu untuk dibanggakan jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.
Beliau lebih gemar mengelak dari menjadi perhatian media, tidak mahu terlalu menonjolkan diri malah senantiasa merendah diri. Itulah keperibadian yang sering ditonjolkan oleh anak kelahiran Alor Setar ini.
Sikap merendah diri, kesederhanaan dan sering bersedekah kepada mereka yang memerlukan sudah sebati dalam diri lelaki berusia 58 tahun ini.
Bagi Syed Mokhtar yang juga penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008, beliau sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Ujarnya, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.
Pesanan ibu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang kemampuan telah memberikannya keinsafan.
Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.
"Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia tahun lalu.
Bagi beliau, pesanan ibunya itu telah dijadikan panduan untuk beliau maju dalam perniagaan namun pada masa yang sama tidak lupa akan asal usul dirinya.
Syed Mokhtar turut menekankan bahawa kejayaan dan kekayaan yang dimiliki bukanlah untuk dirinya sendiri tetapi untuk dikongsikan dengan golongan yang kurang berkemampuan. Ini untuk memberi mereka peluang mendapat ilmu sekali gus mengubah hidup pada masa depan.
Beliau yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami di Yemen dan hidup serba kekurangan ketika kecil telah membuktikan bahawa kemiskinan yang dilalui beliau bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam hidup.
Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan beliau kini aktif dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.
Sebagai langkah untuk membantu mereka yang memerlukan, Yayasan Albukhary yang ditubuhkan pada 1996 bagi melakukan kerja-kerja kebajikan kini semakin berkembang sebagai entiti amal global antaranya dengan penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.
Yayasan tersebut turut berperanan sebagai sebuah badan kebajikan yang membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, yayasan turut membantu membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin di serata dunia supaya belajar di Malaysia.
Antara projek terbesar yang berjaya dilakukan ialah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang siap dibina pada tahun 2004. Kompleks itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Pihak yayasan juga sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
Hasil dari pesanan ibunya juga telah dijadikan panduan untuk beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.
Setakat ini, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.
Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.
Selain itu yayasan tersebut telah berjaya menyiapkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.
Mendermakan
Yayasan al-Bukhary juga pernah mendermakan sebanyak RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia selain turut membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam menjayakan projek mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan tersebut juga sering terlibat dalam mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Pengalaman Syed Mokhtar membesar tanpa pendidikan tinggi kerana latar belakang keluarga yang serba kekurangan turut mendorong beliau menubuhkan Program Tuisyen Al-Bukhary yang memberikan kelas tuisyen secara percuma. Program tuisyen itu berasaskan iltizamnya untuk melihat pelajar di luar bandar berpeluang mencapai pendidikan tinggi sekali gus membantu mengubah kehidupan.
Menurut beliau, kesempitan hidup ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.
"Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
"Jadi, mengenangkan dulu tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu," katanya.
Selain itu, yayasan tersebut turut menyumbang kepada organisasi di luar negara dalam usaha membantu umat Islam yang memerlukan. Hampir RM1 bilion telah diberikan secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.
Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon selain urut membina 12 buah masjid di serata dunia.
Dalam pada itu penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga menarik perhatian. Walaupun yayasan tersebut lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary telah menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana untuk menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.
Bagi Syed Mokhtar, apa yang dilakukan ini semuanya bermula daripada didikan orang tuanya sendiri. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
Prinsip beliau jelas, kekayaan itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Kekayaan hanya dipegangnya untuk sementara sahaja. Bagi beliau, kekayaan ini Tuhan beri kepadanya untuk membantu orang lain.
"Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.
"Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
"Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain," katanya.
Kajian membuktikan bahawa kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak usaha dibandingkan dengan mengekalkan pelanggan lama. Walau bagaimana pun, banyak usahawan atau perniagaan yang terlupa akan perkara ini kerana terlalu sibuk mencari pelanggan baru. Padahal usaha yang lebih sedikit sahaja terhadap pelanggan lama akan menjadikan mereka setia terhadap produk anda.
Sebelum anda memulakan usaha untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mengetahui tahap kesetiaan pelanggan anda sekarang.
Berapa ramai pelanggan anda yang berpaling kepada pesaing anda dan menjadi pelanggan setia mereka? Adakah perkhidmatan yang anda berikan membuatkan pelanggan anda kembali atau lari dari anda? Pernahkah anda meletakkan diri anda dalam situasi pelanggan? Mahukah anda membeli dan terus membeli produk anda jika anda seorang pelanggan?
Jika anda menjawab soalan tersebut secara jujur, anda akan lebih mudah menilai dari sudut pandangan pelanggan. Dengan itu lebih mudah bagi anda untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mengikut pandangan mereka.
Cuba perhatikan, berapa banyak perniagaan yang gulung tikar hanya kerana mereka gagal menilai perniagaan mereka sendiri. Sedangkan terdapat banyak potensi yang boleh dikembangkan untuk meningkatkan jualan. Sebelum perniagaan anda diancam risiko untuk gulung tikar, berhenti beroperasi dan gagal mendapat keuntungan, sebagai pemilik perniagaan anda boleh mula menilai dan meneliti seluruh aspek perniagaan anda. Adakah apa yang anda buat sudah cukup untuk membuat pelanggan anda gembira?
Tips-tips yang diberikan di bawah mudah diikuti, asal ada kemahuan dan komitmen untuk melaksanakannya dengan konsisten. Jika anda melaksanakannya, dijamin pelanggan akan lebih setia dengan perniagaan anda.
1. Adakah produk yang anda jual berpotensi untuk mendapat pesanan berkala (repeat order)
Pengilang pisau cukur mereka pisau cukur pakai buang. Kanta lekap pakai buang, pakai seminggu atau sebulan. Sangat penting untuk memilih perniagaan yang berasaskan pesanan berulang (repeat order) atau mencipta produk pelengkap atau aksesori yang dapat melengkapi produk utama anda ketika ini.
2. Komunikasi ringan dengan pelanggan
Bila kali terakhir anda mengirim nota “Terima Kasih” kepada pelanggan anda? Jika anda tidak pernah berbuat demikian, mulakan sekarang. Bagaimana perasaan pelanggan anda apabila mendapat nota “Terima Kasih” daripada anda? Sebagai contoh, sebuah perusahaan servis kereta selalu mengirim sms sehari setelah melakukan servis. Isi sms tersebut berbentuk ucapan terima kasih atas penggunaan perkhidmatan servis kereta mereka, dan memberi nombor talian khidmat pelanggan yang boleh dihubungi jika terdapat masalah selepas servis.
3. Hubungi pelanggan yang sudah lama membeli produk anda
Tindakan yang sederhana seringkali memberi hasil yang luar biasa. Dengan menghubungi pelanggan-pelanggan lama anda, yang biasanya tidak terlalu ramai, anda berpotensi mendapat rujukan (reference) yang boleh dihubungi.
4. Memberi peringatan kepada pelanggan

Saya sangat menghargai salah sebuah pengeluar kad kredit yang sering mengirim SMS yang berbunyi: ”Terima kasih atas pembayaran kad kredit anda bla bla bla …. Sebelum 16 Jun 2015. Jumlah yang perlu dibayar bulan ini adalah RM…. Gunakan kad kredit xxxx dan dapatkan mata setiap kali anda berbelanja.” Atau SMS seperti: “Kereta anda perlu dihantar untuk servis. Menurut rekod kami, anda telah menghantar kereta untuk diservis 4 bulan yang lepas. Kami menanti kedatangan anda.”
12 CIRI-CIRI MINDSET USAHAWAN YANG BERJAYA
1)Passion
- mereka benar-benar suka apa yang mereka lakukan
- memberi tenaga mereka dan menjadikan mereka menjadi hidup
2)Kepercayaan
- mereka percaya kepada keupayaan mereka untuk berjaya walaupun ideanya diragui orang lain
- mereka tidak meletakkan had ke atas potensi mereka
3)Keberanian
- mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran baru,untuk mengikuti naluri mereka
4)Penentuan
- Mempunyai keazaman yang besar
- Berazam untuk menjadikan idea-idea mereka bekerja dan berkembang
5)Naluri
- Mereka bijak membuat keputusan
- semakin banyak keputusan yang dibuat,menjadikan mereka lebih baik
6)Mengambil risiko
- Mereka bersedia untuk mengambil risiko dan melangkah di luar zon selesa untuk mendapatkan apa yang mereka mahu
7) Wawasan
- Mereka bermula dengan impian apa yang mereka ingin capai dan menetapkan matlamat dan objektif yang jelas.
- Mereka menyusun strategi,merancang dan bertindak ke atas apa yang mereka ingin capai
- Mereka memberi inspirasi kpada orang lain untuk memberi tumpuan kepada mencapai keputusan
8) Disiplin
- Mereka cemerlang untuk mendapatkan perkara yang dilakukan dan memerlukan komitmen,kerja keras dan dedikasi
9) Realitik
- Mereka telah gagal pada masa lalu dan mereka tahu bahawa mereka akan gagal sekali lagi pada masa hadapan.
- Mereka tidak takut menghadapi kegagalan
- Persekitaran membuat ia bekerja untuk mereka
- Inovasi juga muncul dari kegagalan
10)Menyesuaikan
- Mereka adalah penerima awal dan cepat untuk bertindak balas kepada perubahan yang memberi kesan perniagaan mereka
- Mereka tidak takut perubahan,mampu menyesuaikan diri dalam keadaan yang tidak diduga
11)Inspirasi
- Mereka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang lain untuk mencapai keputusan
- Mereka mengiktiraf dan memupuk bakat dan kualiti pada orang lain
12)Belajar
- Mereka sentiasa bersedia untuk belajar dan melabur dalam pembangunan peribadi mereka sendiri
- Mereka menghadiri seminar dan membaca lebih banyak buku dan mencari orang lain untuk berkongsi ilmu dengan mereka
- Mereka membina hubungan dengan orang-orang yang menyokong dan menggalakkan
- Mereka mempunyai mentor yang baik dan jurulatih dan bekerja pada cara-cara untuk menjadi lebih baik
- Mereka berkembang setiap hari dan tidak pernah gagal untuk menggunakan setiap kesempatan
Sumber:http://www.klinikmotivasi.com/blog/12-ciri-ciri-mind-set-usahawan-yang-berjaya/
ARTIKEL : LAYAKKAH ANDA DIGELAR USAHAWAN?
Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan?
Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta berkarisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya adalah seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.
Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab di dalam segala yang dilakukannya.
Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu :
- Mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
- Berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
- Boleh menetapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.
MENGATUR STRATEGI PEMASARAN
Apakah itu pemasaran?
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
- Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
- Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
- Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebarkan maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
- Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
- Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
- Justeru itu peniaga/usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
- Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
Strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi dan demografi.
16 TIP USAHAWAN KAUM CINA
Kaum Cina merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan sering dijadikan contoh. Tidak salah mengambil iktibar yang baik daripada mana-mana kaum sekalipun selagi ia tidak bertentangan dengan pegangan Islam. Anda sebagai usahawan yang baru meningkat naik juga boleh mencontohi golongan peniaga ini:
- Berniaga mestilah rajin, jika tidak, ia tidak menjadi.
- Belanja mesti jimat, jika tidak, putus modal.
- Sambut pelanggan dengan senyuman, jika tidak, pelanggan lari.
- Masa sentiasa terbuka, jika tidak, hilang peluang.
- Harga perlu berpatutan, jika tidak, timbul pergaduhan.
- Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak, hilang modal.
- Akaun perlu disemak sendiri, jika tidak, tidak tahu kekuatan modal.
- Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak, ia tidak teratur.
- Barangan perlu dikemas, jika tidak, ibarat sampah sarap.
- Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak, akan memakan diri.
- Barangan mesti disemak sendiri, jika tidak, rendah nilai dan mutunya.
- Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak, hilang kepercayaan.
- Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak, timbul penyelewengan.
- Keluar masuk tunai perlu teliti, jika tidak, bertindih kesilapan.
- Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak, mudarat diri
- Niat mesti kukuh dan jelas.
CIRI-CIRI PENIAGA ISLAM
- Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata begini, "Di tempat ini ramai umat Islam, tapi satu pun tak ada kedai runcit. Ini hal fardu kifayah. Kalau tak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai runcit." Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul, hatinya berkata, "Aku nak berniaga supaya untung, bila untung aku akan jadi orang kaya, semua orang akan pandang dan kagum dengan aku".
- Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam. Setiap barangan yang diniagakan mestilah barangan yang halal dan tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam dan manusia keseluruhannya. Orang Islam dilarang atau melibatkan diri dalam perniagaan berbentuk judi, arak, pelacuran dan sebagainya.
- Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah dijalankan mengikut syariat. Timbangan atau sukatan mestilah betul, tidak ada penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.
- Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah disalurkan kepada kehendak syariat. Apabila mendapat untung, cukup haul maka keluarkanlah zakat. Membantu fakir miskin, menderma kepada masjid dan surau, berkorban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan daripada perniagaan itu ke meja judi, ke tempat-temapt hiburan yang melalaikan dan lain-lain lagi.
- Jangan tinggalkan solat. Berniagalah pada bila-bila masa yang anda mampu tetapi jangan sampai meninggalkan solat. Solat itu ialah fardu ain dan lebih utama daripada berniaga. Perniagaan yang dijalankan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T.
Sumber : http://usahawanmalaysiapilihansaya.blogspot.com/2013/10/artikel-layakkah-anda-digelar-usahawan.html
- Mereka bersedia untuk mengambil risiko dan melangkah di luar zon selesa untuk mendapatkan apa yang mereka mahu
- Mereka bermula dengan impian apa yang mereka ingin capai dan menetapkan matlamat dan objektif yang jelas.
- Mereka menyusun strategi,merancang dan bertindak ke atas apa yang mereka ingin capai
- Mereka memberi inspirasi kpada orang lain untuk memberi tumpuan kepada mencapai keputusan
8) Disiplin
- Mereka cemerlang untuk mendapatkan perkara yang dilakukan dan memerlukan komitmen,kerja keras dan dedikasi
9) Realitik
- Mereka telah gagal pada masa lalu dan mereka tahu bahawa mereka akan gagal sekali lagi pada masa hadapan.
- Mereka tidak takut menghadapi kegagalan
- Persekitaran membuat ia bekerja untuk mereka
- Inovasi juga muncul dari kegagalan
10)Menyesuaikan
- Mereka adalah penerima awal dan cepat untuk bertindak balas kepada perubahan yang memberi kesan perniagaan mereka
- Mereka tidak takut perubahan,mampu menyesuaikan diri dalam keadaan yang tidak diduga
11)Inspirasi
- Mereka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang lain untuk mencapai keputusan
- Mereka mengiktiraf dan memupuk bakat dan kualiti pada orang lain
12)Belajar
- Mereka sentiasa bersedia untuk belajar dan melabur dalam pembangunan peribadi mereka sendiri
- Mereka menghadiri seminar dan membaca lebih banyak buku dan mencari orang lain untuk berkongsi ilmu dengan mereka
- Mereka membina hubungan dengan orang-orang yang menyokong dan menggalakkan
- Mereka mempunyai mentor yang baik dan jurulatih dan bekerja pada cara-cara untuk menjadi lebih baik
- Mereka berkembang setiap hari dan tidak pernah gagal untuk menggunakan setiap kesempatan
Sumber:http://www.klinikmotivasi.com/blog/12-ciri-ciri-mind-set-usahawan-yang-berjaya/
ARTIKEL : LAYAKKAH ANDA DIGELAR USAHAWAN?
Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan?
Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta berkarisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya adalah seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.
Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab di dalam segala yang dilakukannya.
Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu :
- Mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
- Berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
- Boleh menetapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.
MENGATUR STRATEGI PEMASARAN
Apakah itu pemasaran?
Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:
- Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
- Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
- Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebarkan maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
- Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
- Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
- Justeru itu peniaga/usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
- Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu.
Strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi dan demografi.
16 TIP USAHAWAN KAUM CINA
Kaum Cina merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan sering dijadikan contoh. Tidak salah mengambil iktibar yang baik daripada mana-mana kaum sekalipun selagi ia tidak bertentangan dengan pegangan Islam. Anda sebagai usahawan yang baru meningkat naik juga boleh mencontohi golongan peniaga ini:
- Berniaga mestilah rajin, jika tidak, ia tidak menjadi.
- Belanja mesti jimat, jika tidak, putus modal.
- Sambut pelanggan dengan senyuman, jika tidak, pelanggan lari.
- Masa sentiasa terbuka, jika tidak, hilang peluang.
- Harga perlu berpatutan, jika tidak, timbul pergaduhan.
- Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak, hilang modal.
- Akaun perlu disemak sendiri, jika tidak, tidak tahu kekuatan modal.
- Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak, ia tidak teratur.
- Barangan perlu dikemas, jika tidak, ibarat sampah sarap.
- Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak, akan memakan diri.
- Barangan mesti disemak sendiri, jika tidak, rendah nilai dan mutunya.
- Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak, hilang kepercayaan.
- Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak, timbul penyelewengan.
- Keluar masuk tunai perlu teliti, jika tidak, bertindih kesilapan.
- Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak, mudarat diri
- Niat mesti kukuh dan jelas.
CIRI-CIRI PENIAGA ISLAM
- Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata begini, "Di tempat ini ramai umat Islam, tapi satu pun tak ada kedai runcit. Ini hal fardu kifayah. Kalau tak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai runcit." Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul, hatinya berkata, "Aku nak berniaga supaya untung, bila untung aku akan jadi orang kaya, semua orang akan pandang dan kagum dengan aku".
- Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam. Setiap barangan yang diniagakan mestilah barangan yang halal dan tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam dan manusia keseluruhannya. Orang Islam dilarang atau melibatkan diri dalam perniagaan berbentuk judi, arak, pelacuran dan sebagainya.
- Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah dijalankan mengikut syariat. Timbangan atau sukatan mestilah betul, tidak ada penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.
- Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah disalurkan kepada kehendak syariat. Apabila mendapat untung, cukup haul maka keluarkanlah zakat. Membantu fakir miskin, menderma kepada masjid dan surau, berkorban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan daripada perniagaan itu ke meja judi, ke tempat-temapt hiburan yang melalaikan dan lain-lain lagi.
- Jangan tinggalkan solat. Berniagalah pada bila-bila masa yang anda mampu tetapi jangan sampai meninggalkan solat. Solat itu ialah fardu ain dan lebih utama daripada berniaga. Perniagaan yang dijalankan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T.
LANGKAH MEMUPUK BUDAYA INOVASI DALAM ORGANISASI
Langkah pertama ialah mewujudkan satu integrasi menegak yang melibatkan komunikasi secara keseluruhan dalam organisasi tersebut.
Langkah kedua, memperkukuh juara, para pemimpin perlu menghargai pekerja-pekerja yang memberikan idea.
Langkah ketiga, menggalakkan timbal balas, pemimpin perlu memastikan bahawa terdapat cukup mekanisme timbal balas agar apabila seorang pekerja telah menghasilkan sesuatu projek mereka akan mendapat timbal balas daripada pengguna berkenaan keberkesanan projek tersebut.
- Pemimpin senior perlu memastikan bahawa terdapat cukup komunikasi menegak, pekerja-pekerja daripada tempat lain, jabatan berlainan, fungsi-fungsi, makmal dan projek, mempunyai cukup peluang untuk berbincang, bertemu dan berkenalan antara satu sama lain.
- Pemimpin yang berjaya akan memupuk komunikasi menegak dengan sering menghadiri mesyuarat, memerlukan cross-unit keahlian ke atas pasukan-pasukan utama dan memastikan juga bahagian-bahagian yang lain dalam bahagian-bahagian organisasi yang berbeza untuk berbincang antara satu dengan yang lain.
Langkah kedua, memperkukuh juara, para pemimpin perlu menghargai pekerja-pekerja yang memberikan idea.
- Sebagai contohnya 3M mengamalkan cara ini. Di mana mereka akan mengambil kira kesemua idea itu berharga sehinggalah seseorang itu membuktikan idea tersebut adalah salah. Begitu juga dengan Hewkett-Packard yang mempunyai rekod sebagai pemberi anugerah kepada pekerjanya untuk “meritorious defiance” yang menunjukkan rasa hormatnya kepada pekerja yang mempunyai kebijaksanaan.
- Penghargaan ke atas satu idea yang kreatif dalam sebuah organisasi boleh di lihat semasa mengadakan mesyuarat. Setiap orang mendengar pendapat orang lain. Mesyuarat biasanya akan digunakan sebagai satu tempat untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Perdebatan digalakkan dan sebarang konflik antara ahli adalah sesuatu yang positif. Persoalan sama ada berkaitan atau tidak dengan matlamat syarikat boleh dikemukakan. Uji kaji digalakkan dan risiko akan ditanggung.
Langkah ketiga, menggalakkan timbal balas, pemimpin perlu memastikan bahawa terdapat cukup mekanisme timbal balas agar apabila seorang pekerja telah menghasilkan sesuatu projek mereka akan mendapat timbal balas daripada pengguna berkenaan keberkesanan projek tersebut.
- Sebagai contohnya, syarikat seperti GE dan Hewkett-Packard para jurutera akan berjumpa para pengguna untuk mendapatkan respons sama ada idea baru itu berguna kepada mereka.
Langkah keempat, metriks untuk pembelajaran.
- Pengurus senior akan membentuk satu metrik untuk mendapatkan idea baru. Organisasi yang membuat kaedah ini berharap para pekerja akan bertemu dan berinteraksi dengan pelanggan, menjumpai vendors, menghadiri mesyuarat, menerbitkan dan membaca jurnal.
- Pemimpin akan menyediakan pembiayaan untuk memastikan cara ini berkesan. Peruntukan tersebut khas kepada mesin dan peralatan.
Langkah yang kelima ialah pemimpin dan ahli dalam organisasi tersebut seharusnya dapat menerima kesilapan dan gembira atas kesilapan tersebut.
- Inovasi bukan datang dengan sendirinya ianya datang daripada budaya yang dibentuk dan ini memerlukan pengurus senior untuk bekerja keras dalam menjaganya. Kesilapan yang wujud hendaklah di lihat sebagai peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru.
- Misalnya di syarikat 3M penyelidikan yang dilakukan tidak semuanya mendatangkan kejayaan tetapi daripada kesilapan dan eksperimen yang dilakukan mereka dapat memperbaiki kesilapan tersebut.
Langkah yang seterusnya ialah menghormati individu-individu yang kreatif.
- Setiap ahli dalam organisasi dibiarkan melakukan perkara yang mereka suka. Mereka dibenarkan membuat jadual kerja sendiri. Mereka dibenarkan untuk datang bekerja awal dan balik awal atau datang lewat dan balik lewat ataupun berada dalam pejabat sepanjang hari.
- Mereka tidak dipaksa bekerja untuk mengikuti peraturan syarikat atau mesyuarat. Apa yang paling penting ialah komitmen mereka terhadap matlamat organisasi.
Langkah berikut ialah menjunjung matlamat, semua ini bermula dari pihak atasan.
- Pasukan utama akan bertemu dan membincangkan matlamat bagi menghasilkan keluaran, meningkatkan prestasi, menambah kecekapan, dan keefisienan bagi setiap peringkat saluran penyelidikan dan pembangunan (R&D).
- Di samping itu, alat mengukur yang digunakan untuk menyokong setiap matlamat juga dibentuk sama ada secara kualitatif atau kuantitatif bagi memastikan setiap ahli berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai matlamat.
Selain itu, usaha juga perlu diadakan bagi memastikan setiap ahli komited terhadap matlamat. Matlamat yang telah dibentuk tidak akan dipaksakan ke atas para pekerja. Matlamat tersebut akan dibincangkan, disesuaikan dan diubah berdasarkan respons dari orang lain.
Di samping itu, sebagai tambahan, sebuah organisasi yang ingin mengamalkan budaya organisasi perlu juga mendapatkan sedikit-sebanyak nasihat daripada pakar. Pemimpin yang baik memahami bahawa soalan yang baik adalah lebih baik daripada satu arahan. Mereka kurang gemar untuk memberitahu para pekerja jawapan yang benar tetapi lebih kepada mencadangkan siapa yang menjadi pakar atau seseorang yang boleh di bawa berbincang bagi mendapatkan maklumat yang cukup sama ada dari dalam organisasi atau tidak.
Rujukan : http://exikmkotakinabalu.blogspot.com/2009/02/memupuk-budaya-inovasi-dalam-organisasi.html
Fariz usahawan muda berjaya
Kejayaannya jadi pembakar semangat kepada OKU lain
| 04 November 2014 12:53 AM
KOTA KINABALU 3 Nov. - Anak muda berasal dari Likas ini pernah terlibat dalam satu kemalangan ketika masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira 16 tahun lalu.
Kemalangan itu membuatkan dia cedera parah di bahagian kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak sehingga kini.
Namun, tragedi itu tidak dijadikannya penghalang untuk berjaya, sebaliknya ‘membuka’ ruang baginya menceburi bidang keusahawanan dengan menjalankan perniagaan menjual serta membekal kerusi roda.
Di bawah syarikat bernama JB Prosthetic & Rehab Supply Sdn. Bhd., Fariz A. Rani, 35, yang juga Pengarah Urusan syarikat mengorak langkah membina nama sehingga mampu mencipta peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) sepertinya.
‘Kehebatan’ beliau menjalankan perniagaan itu membolehkan syarikatnya terpilih sebagai pemenang Pertandingan Perniagaan Luar Bandar (Rural Business Challenge-RBC) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, baru-baru ini.
Kejayaan itu membolehkannya memperoleh geran sebanyak RM300,000 untuk mengembangkan perniagaan, sekali gus membuktikan golongan OKU mampu mencapai kejayaan jika ada semangat yang tinggi.
Menurut Fariz, geran itu akan digunakan untuk syarikatnya yang kini sudah membuka sebuah kilang menghasilkan kerusi roda bagi ‘memecah’ monopoli pasaran yang sebelumnya diimport dari negara luar, khususnya China.
“Saya membuka syarikat ini pada 2009 kerana saya juga OKU. Awalnya sasaran saya adalah untuk membekalkan peralatan kerusi roda untuk OKU. Saya lihat banyak pembekalan untuk OKU, terutama kerusi roda, tidak mengikut spesifikasi yang betul.
“Ini akan ‘merosakkan’ lagi keadaan OKU yang membeli peralatan yang salah. Jadi saya terpanggil untuk membuka kilang supaya kerusi roda yang dihasilkan bertepatan dengan kehendak golongan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Fariz merupakan seorang daripada tujuh usahawan dari negeri ini yang memenangi pertandingan RBC yang menyediakan geran peruntukan bernilai RM2.9 juta daripada Kerajaan Pusat.
RBC adalah pertandingan yang menyediakan rancangan perniagaan (RP) dalam kalangan belia membabitkan pelbagai sektor termasuk pertanian, pelancongan desa dan pembuatan.
Pertandingan yang diperkenalkan kerajaan sejak dua tahun lalu itu bermanfaat besar kepada para pemenang memajukan syarikat masing-masing selain membantu golongan belia lain mendapatkan pekerjaan.
Bagi RBC 2012, pertandingan itu berjaya mewujudkan hampir 400 peluang pekerjaan baharu menerusi 11 pemenang pertandingan dengan lebih separuh daripada mereka merupakan golongan belia di kawasan setempat.
Pada masa sama, lebih 50 usahawan baharu daripada pelbagai bidang diwujudkan oleh para pemenang pertandingan tersebut.
Fariz memberitahu, kilang syarikatnya di Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu kini terlibat dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan dijangka memulakan pengeluaran pada Januari ini.
“Apabila beroperasi kelak, kita akan mengambil lebih ramai OKU sebagai pekerja. Kerusi roda yang ada sekarang diimport dari negara luar dan harganya sudah pasti mahal dan tidak dapat dibeli oleh mereka yang kurang berkemampuan.
“Oleh itu, dengan adanya pengeluaran dari kilang kami, harganya akan murah dan mampu dimiliki orang ramai,” katanya.
Beliau berkata, selain menjalankan perniagaan, pihaknya tidak lupa dengan aktiviti kemasyarakatan menerusi kempen-kempen kesedaran dan perbincangan melibatkan isu-isu OKU.
“Apabila OKU berkumpul, ramai yang mengadu kerana susah mendapatkan pekerjaan. Jadi, dengan syarikat ini, saya mampu mengambil mereka untuk bekerja,” jelasnya.
Dalam pada itu, seorang lagi anak muda yang memenangi geran menerusi RBC ialah Selverstone Junit, 24, dari Kota Marudu.
Menceburi industri pelancongan, pemilik Panorama Paradise Resort ini memulakan projek eko pelancongan tahun lalu dengan geran peruntukan bernilai hampir setengah juta ringgit.
“Saya merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan ini pada masa depan sekali gus membuka lebih banyak pekerjaan kepada orang tempatan di daerah ini. Ini memandangkan pembangunan di Kota Marudu juga semakin rancak,” jelasnya.
Beliau yakin dalam tempoh 10 tahun ini, industri pelancongan di daerah itu bakal berkembang pesat setanding kawasan lain di negeri ini.
CIRI-CIRI SEORANG USAHAWAN
Antara ciri-ciri seorang usahawan adalah :
- Berjaya memilih niche perniagaan yang kita minat. Contoh adalah dengan menjual pakaian. Untuk lebih niche mungkin kita boleh tumpukan untuk pakaian bayi.
- Membuat perancangan
- Tiada perasaan malu atau segan
- Berani
- Kuat berusaha
- Bersemangat setiap hari. Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.
- Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
- Konsisten. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.
- Bersifat mesra pelanggan.
- Sabar. Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar dalam menjalankan usaha serta hasil.
KEKALKAN DALAM PERNIAGAAN
Untuk maju dan kekal dalam satu-satu perniagaan, kita perlu kekal di dalamnya dalam tempoh masa yang lama. Apa yang kita dapat dengan kekal dalam satu perniagaan dalam tempoh masa yang lama ?
1. Kita dapat membina pelanggan yang ramai.
2. Kita dapat tahu mengenai pasaran.
3. Kita dapat belajar kehendak pelanggan.
4. Kita dapat belajar pengurusan kewangan
5. Kita belajar kaedah pemasaran yang paling sesuai
6. Kita dapat membina hubungan dengan media
Jadi tips kali ini adalah
1. Kekal lama dalam satu-satu perniagaan.
2. Puaskan hati pelanggan anda.
3. Sentiasa belajar dan tambah baik perniagaan anda.
![]() |
Albert Einstein |
Albert Einstein lebih dikenali sebagai seorang saintis yang berbakat luar biasa, namun beliau juga mempunyai kepakaran dalam banyak bidang dan mampu memberi inspirasi dari berbagai teori atau pernyataan yang pernah beliau lontarkan, termasuk memberi inspirasi kepada para usahawan, khususnya yang berfokus pada perniagaan.
Berikut adalah lima tips perniagaan jualan (sales) yang terinspirasi dari Albert Einstein:
1. Gunakan Rasa Ingin Tahu Sebagai Tenaga Perniagaan Anda

Ramai yang menganggap bahawa Albert Einstein adalah seorang saintis yang dilahirkan dengan bakat besar. Namun dengan rendah hati Albert Einstein menyatakan bahawa dirinya berjaya menghasilkan teori yang bijak bukan kerana bakat yang ada di dalam dirinya, tetapi lebih atas rasa ingin tahu dan hasrat yang besar untuk mempelajari hal-hal yang belum difahami.
Hal tersebut tidak jauh berbeza dalam menjayakan perniagaan atau pekerjaan sebagai ahli jualan (sales). Ramai yang mempunyai persepsi bahawa orang yang berjaya dalam bidang penjualan merupakan orang-orang yang dikurniakan bakat sejak lahir.
Padahal ilmu bisnis penjualan boleh dipelajari dan dikembangkan dari pengamatan, kajian sederhana, dan pengalaman langsung. Jadi dengan memiliki rasa ingin tahu (passion) yang besar dalam strategi penjualan, maka kejayaan dalam penjualan pasti dapat dicapai.
2. Ketekunan dan Fokus
Ketekunan merupakan salah satu kunci penting dalam mencapai kejayaan, termasuk dalam jualan. Albert Einstein adalah seorang yang rajin dan fokus untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah (problem) yang sedang dihadapi.
Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah berlarutan tanpa ada jawapan yang pasti, kemudian beralih kepada masalah yang lain. Hal seperti itu juga mesti anda praktikkan dalam penjualan. Tekunlah dan fokus dalam menghadapi cabaran penjualan yang anda hadapi.
3. Jangan Takut Melakukan Kesilapan

Meskipun Albert Einstein adalah orang cerdas dalam ilmu sains, bukan bermaksud beliau tidak pernah melakukan kesilapan dalam teori dan prinsipnya. Satu kesalahan yang paling dikesali seumur hidupnya adalah membantu Amerika menciptakan bom nuklear yang telah mengorbankan ratusan ribu penduduk Jepun.
Ilmuan yang lahir tahun 1879 tersebut mengatakan, jangan takut melakukan kesalahan asalkan anda mahu memperbaikinya. Dalam dunia bisnes penjualan, kesilapan merupakan cara kita belajar untuk menemukan formula dan strategi perniagaan yang lebih baik.
4. Ciptakan Nilai Yang Berkekalan
Albert Einstein adalah orang tidak terdorong meraih kejayaan dalam pandangan yang konvensional (biasa). Ahli Fizik yang pernah berkahwin dua kali tersebut lebih beranggapan bahawa kejayaan adalah mencipta sesuatu yang berfaedah kepada orang ramai dan yakin bahawa itu adalah sesuatu yang bernilai.
Dalam bisnes penjualan, jangan hanya menilai keuntungan yang dikumpulkan, tetapi bagaimana mempengaruhi pelanggan supaya menganggap apa yang dibelinya adalah benar-benar berguna. Dalam memilih bisnes penjualan suatu produk, yakinkan bahawa apa yang anda usahakan memiliki prospek yang bagus dalam jangkamasa panjang, serta visi dan misi perniagaan anda kekal bernilai (value).
5. Jika Suatu Cara Tidak Berjaya, Ubahlah!

Albert Einstein merupakan salah satu ilmuan yang mendukung pepatah “Adalah satu kegilaan apabila melakukan hal yang sama secara berulang-ulang dengan mengharapkan hasil yang berbeza”. Bila cara yang selalu anda lakukan tidak juga mendapatkan hasil yang diharapkan, maka lakukan perubahan.
Dalam berniaga, anda harus melakukan eksperimen dan berinovasi untuk menemukan cara dan jalan terbaik dalam meraih hasil yang paling optimal.
11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
#1 – Tindakan Lebih Penting Dari Ilmu Perniagaan!
Jika anda membaca kisah para usahawan yang berjaya, majoriti daripada mereka terdiri daripada mereka yang suka bertindak. Apabila mereka mempelajari sesuatu ilmu baru, mereka terus mempraktikkan ilmu tersebut. Itulah yang membezakan kenapa mereka berjaya dan kenapa sesetengah yang lain masih lagi ditakuk lama.
Berapa banyak dalam masyarakat kita hari ini mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan sendiri. Telah hadir pelbagai jenis seminar perniagaan, telah membaca pelbagai jenis buku berkaitan dunia bisnes, telah menonton pelbagai rancangan bisnes tetapi masih tidak mengambil sebarang tindakan.
Tindakan itu kuasa!Azizi Ali, Jutawan Hartanah
Akhirnya, bolehkah ilmu-ilmu tersebut menjadikan anda seorang usahawan berjaya tanpa sebarang tindakan? Ilmu itu penting, tetapi tindakan mempraktikkan apa yang telah diketahui itu lebih penting.
#2 – Jangan Hilang Fokus Terhadap Apa Yang Diusahakan
Setiap perniagaan yang ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, ramai usahawan berjaya menyarankan agar kita tidak mengerjakan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa kerana kita mempunyai limitasi terhadap perkara-perkara tersebut.
Ketika kita asyik mengusahakan sesuatu perniagaan, maka tidak semena-mena banyak sekali peluang perniagaan lain yang nampak meyakinkan dan menguntungkan muncul. Sebelum ini tidak pernah pula kita melihat peluang keemasan sebegini!
Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti kita. Banyak peluang-peluang sebegini cuba mengalihkan fokus kita dalam mengerjakan perniagaan utama kita. Jadi abaikan sahaja peluang tersebut.
Fokus kepada perniagaan kita sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.
Saya teringat pesanan Dato Syed Zainal di Konvensyen Usahawan Muslim 2013.
Saudara, saya telah lihat ramai peniaga Melayu gagal kerana hilang fokus. Apabila mereka berjaya menjual kuih pau dan menjadi jutawan mungkin, maka mereka merasa diri sangat hebat. Akulah hebat, akulah jutawan!Maka mereka beranggapan, mudah untuk mereka berjaya di dalam perniagaan lain. Maka mereka masuk buka pula perniagaan perabot. Selepas itu, mereka gagal kerana demografi dan ilmu bisnes sesuatu perniagaan itu tidak sama.Akhirnya, perniagaan kuih pau entah ke mana, perniagaan perabot entah ke mana.Dato Syed Zainal, Mantan CEO Proton
Fokus kepada perniagaan yang kita usahakan sehingga benar-benar matang dan stabil sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan lain. Jangan jadi seperti pepatah Melayu, “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran“.
#3 – Ubah Mindset Mengenai Kejayaan Perniagaan
Saya mula menjalankan perniagaan pada usia 16 tahun, jadi erti kejayaan dari sudut pandangan saya tersangatlah naif. Pada mulanya, saya berpendapat seseorang itu dikategorikan berjaya di dalam bisnes apabila beliau dapat memandu kereta mewah, memiliki rumah yang besar, memakai pakaian berjenama mahal dan pelbagai simbol kejayaan palsu lain.
Salah satu kesilapan yang banyak dilakukan oleh orang-orang yang baru menceburi dunia bisnes adalah tindakan membeli benda-benda yang berfungsi sebagai bukti palsu kejayaan.Tingkah laku membeli simbol-simbol duit dilakukan oleh individu yang tidak memiliki banyak duit. Motif mereka adalah mahu menunjukkan mereka kononnya mempunyai banyak duit, lalu mereka membeli benda-benda yang mereka tidak mampu memilikinya.Puan Ainon Mohd, Chairman Kumpulan PTS
Sehinggalah saya mula bertemu sekelompok usahawan yang mempunyai perniagaan bernilai jutaan malahan puluhan juta ringgit tetapi tidak memiliki sebarang simbol kejayaan seperti yang difahami sebelum ini. Mereka hanya memandu kereta biasa dan memakai pakaian jenama biasa.
Mereka berpendapat, kejayaan sebenar sesuatu perniagaan diukur berdasarkan berapakah jualan dan keuntungan tahunan syarikat, berapakah jumlah pekerja yang ada, berapa nilai aset syarikat dan sebagainya.
Barulah persepsi saya terhadap kejayaan lebih meluas. Sangat bahaya apabila seseorang usahawan memberi tafsiran yang salah dan sempit terhadap erti kejayaan di dalam bisnes. Ia akan membuatkan kita cenderung berusaha ke arah yang salah.
Berapa ramai dari kalangan usahawan Melayu yang menggunakan duit keuntungan perniagaan untuk membeli kereta mewah untuk buktikan kepada orang sekeliling bahawa mereka telah berjaya, sedangkan perniagaan mereka baru hendak meningkat naik.
Duit tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih penting seperti membesarkan perniagaan dan syarikat. Ini adalah akibat dan kesan memahami definisi kejayaan yang salah.
Dalam kes yang lainya, saya masih teringat seorang sahabat berlumba-lumba membuka beberapa buah syarikat dan anak syarikat kerana bagi beliau erti kejayaan itu berada pada berapa bilangan syarikat. Beliau sangat gah apabila berbicara dengan menceritakan beliau memiliki berbelas-belas buah syarikat. Hakikatnya sebahagian besar syarikat beliau tidak aktif pun!
#4 – Mengurus Kewangan Syarikat Dengan Penuh Disiplin
Kita seringkali mendengar bahawa kegagalan perniagaan orang Melayu disebabkan mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik. Memang benar, perniagaan saya sendiri pada awalnya gagal bukan kerana produk tidak bagus atau jualan yang merosot tetapi oleh kerana saya mengabaikan pengurusan kewangan syarikat.
Entah mengapa, pengurusan kewangan seolah-olah sesuatu yang tidak penting di dalam masyarakat Melayu. Kita tidak pernah mencatat berapakah perbelanjaan harian kita, dari manakah pendapatan kita dan kemanakah duit kita dibelanjakan. Jadi apabila sang Melayu ini mula berniaga, maka jauh sekali dia akan praktikan pengurusan kewangan terhadap perniagaanya!
Saya mula memandang serius mengenai pengurusan kewangan apabila saya menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Pada mulanya semuanya dilakukan kerana terpaksa disebabkan syarikat Sdn. Bhd. wajib menghantar laporan audit setiap tahun. Pun begitu bagi seorang Melayu, saya tidak nampak rasional kepentingan pengurusan kewangan yang baik ini terhadap pembangunan syarikat.
Lama-kelamaan barulah saya sedar bahawa kebocoran dan ketirisan wang syarikat dapat diatasi apabila kita mencatat setiap sen duit yang masuk dan keluar. Daripada maklumat duit masuk dan keluar tersebutlah kita boleh merancang dan mengawal perbelanjaan ke arah yang lebih baik. Jika kita hanya ingat-ingat dalam kepala, maka kita sebagai pengarah sentiasa cenderung untuk berbelanja secara boros tidak bertempat!
Catatlah perbelanjaan kita walaupun sekecil-kecil perbelanjaan seperti membeli gula-gula 30 sen. Kerana dari situ ia akan melatih sikap untuk berdisiplin dalam mengurus kewangan.Jadi apabila kita beridisplin menguruskan perbelanjaan kecil maka tiada masalah untuk kita menguruskan angka-angka besar.Cikgu Idris, Pengetua Akademi Usahawan
Sekarang, apabila saya membeli gula-gula 30 sen pun mesti mengambil dan simpan resit! Saya nasihatkan agar anda mulakanlah audit kewangan syarikat sekarang walaupun syarikat anda masih lagi kecil agar anda tidak menghadapi sebarang masalah apabila syarikat telah besar.
#5 – Jangan Kecilkan Skop Rakan Kongsi
Saya bersyukur kerana telah dikurniakan rakan kongsi yang tepat untuk syarikat Flarebiz Network Sdn. Bhd. dan beberapa perniagaan saya yang lain. Rakan kongsi yang baik dan tepat menjanjikan kelangsungan bisnes yang berterusan.
Di saat kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, kita cukup teruja untuk mempunyai rakan kongsi di dalam bisnes. Kita berpendapat apabila mempunyai rakan kongsi, semuanya boleh dikongsi bersama terutamanya dari segi permasalahan syarikat. Tetapi tanpa ilmu dan pengalaman yang secukupnya, memiliki rakan kongsi sentiasa membawa kepada permasalahan.
Terdapat banyak idealogi dan pendapat orang bisnes terhadap rakan kongsi. Salah satunya, orang bisnes berpendapat rakan kongsi perlulah saling melengkapi di antara satu sama lain.
Sebagai contoh, jika kita merupakan orang yang menghasilkan produk, maka kita mencari rakan kongsi di bahagian pemasaran. Jika kita merupakan pengusaha, maka cari rakan kongsi yang boleh menjadi pemodal. Maka itu telah melengkapi di antara satu sama lain untuk pergi lebih jauh.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Tetapi ada perkara yang lebih penting dalam mencari rakan kongsi ialah mengenai sikap. Kita perlu mencari rakan kongsi yang mempunyai sikap yang positif dan bagus untuk perkembangan syarikat kita. Bagi saya kemahiran boleh dilatih tetapi sikap amat sukar untuk dibentuk.
Apa gunanya mempunyai rakan kongsi yang sangat mahir di dalam sesuatu bidang tetapi mempunyai sikap yang terlalu pentingkan diri sendiri, tidak boleh menerima pendapat orang lain, tidak amanah dan sebagainya.
Usahawan yang mempunyai pemikiran kelas dunia tidak akan melakukan semua perkara sendiri. Mereka akan bekerjasama dengan orang lain untuk merealisasikan misi dan visi yang telah ditetapkan.Haji Mahyudin, Mantan Pengarah Sumber Manusia Kimberly-Clark
Ketika saya belajar mengenai ‘world-class leadership best practice‘ di SME@University, barulah saya nampak kepelbagaian kerjasama yang boleh dibentuk di dalam perniagaan.
Sebagai contoh, apabila kita menghasilkan kek sendiri, kita boleh lantik syarikat lain untuk menjadi pengedar bagi kek kita. Itu juga boleh dikategorikan sebagai rakan kongsi. Kita boleh mengupah syarikat lain untuk buat pembungkusan kek kita, itu juga boleh dikategorikan sebagai rakan kongsi.
#6 – Setiap Perkara Mesti Ada Hitam & Putih
Setiap perbincangan, perjanjian atau persetujuan yang termenterai di dalam perniagaan perlulah disertakan secara bertulis. Jadikan catatan bertulis sebagai satu amalan kerana jika kita hanya bergantung kepada persetujuan lisan akan menimbulkan banyak masalah pada masa akan datang.
Walaupun rakan baik anda sendiri sebagai rakan kongsi perniagaan, semuanya tetap perlu dilakukan secara bertulis, ada hitam dan putihnya. Semua perkara perlu dibincangkan dari awal agar tiada perkara berbangkit dikemudian hari, ketika perniagaan yang kita usahakan sudah berjalan dengan baik.
Jangan hanya berbincang perkara yang seronok sahaja dengan rakan bisnes, andaikan juga perkara yang tidak seronok akan berlaku. Bincangkan berapakah keuntungan yang setiap dari anda bakal perolehi, berapa pula nilai dari segi ekuiti di dalam syarikat, bagaimana jika projek ini tidak mencapai keuntungan bagi tempoh yang ditetapkan, bagaimana jika salah seorang ingin menarik diri dan sebagainya.
Sebagai rakan kongsi, semuanya perlu dibincangkan secara terbuka dengan mengetepikan status peribadi seperti seorang kawan atau ahli keluarga. Orang Melayu sangat sopan santun tidak mahu berdiskusi banyak perkara secara terbuka kerana risau bakal rakan kongsi terasa hati. Tetapi apabila terjadinya masalah di hari kemudian, semua sopan santun tersebut biasanya hilang entah ke mana.
Jadi, walaupun anda mengenali rakan bisnes anda dengan baik sebelum ini, apabila melibatkan soal perniagaan, semuanya perlu dibincangkan serta catatkan segala perbincangan di dalam bentuk bertulis untuk rujukkan kedua belah pihak. Percayalah, ini adalah untuk kebaikkan bersama.
Bukan itu sahaja, perlantikkan pekerja, perlantikkan agen dan apa sahaja yang berkaitan perniagaan dan syarikat perlulah dilakukan di dalam bentuk yang bertulis. Berapa banyak berlaku perselisihan faham di antara ahli syarikat sama ada rakan kongsi, pekerja dan sebagainya akibat tiada hitam dan putih sebagai rujukkan.
Saya pernah melalui situasi hendak memberhentikan pekerja tetapi bagaimana hendak memberhentikan pekerja andaikata surat perlantikkan pun kita tidak pernah keluarkan?
#7 – Pekerja Adalah Aset Bernilai
Saya cukup tidak senang apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan di antara majikan dengan pekerja dengan pelbagai frasa yang kurang enak untuk didengar.
Antara frasa keras yang kita selalu dengar, “sampai bila kau hendak kerja mengkayakan bos kau?“, “belum penatkah menjadi hamba kepada bos anda?“, “belajar tinggi-tinggi, akhirnya makan gaji dengan orang yang ada SPM jer?” dan sebagainya.
Your employees are your best asset. Happy employees make for happy customers.Richard Branson, Chairman Virgin Group
Hakikatnya, majikan dan pekerja saling memerlukan. Tanpa pekerja, siapalah majikkan dan begitulah sebaliknya. Jadi mengapa kita hendak mendabik dada?
Pada era sekarang, semua majikan perlu sedar bahawa pekerja adalah aset mereka yang sangat bernilai. Malah tidak keterlaluan untuk kita menganggap pekerja kita sebagai rakan kongsi kerana merekalah yang menggerakkan syarikat kita. Saya sendiri sentiasa meletakkan diri saya sebagai pekerja, apa yang saya tidak suka diperlakukan oleh majikkan, maka saya tidak akan lakukannya kepada pekerja saya.
Saya juga percaya para pekerja juga wajar diberikan ganjaran dan pembangunan karier yang sewajarnya. Pekerja yang bagus dan berkelayakkan juga boleh diangkat menjadi rakan kongsi untuk perniagaan kita. Bagaimana kita melayan pekerja kita, begitulah mereka akan melayan kita.
Pekerja adalah aset yang perlu dibangunkan. Sebagai pemimpin yang mempunyai pemikiran kelas dunia kita ada dua tanggungjawab terhadap pekerja.a. Kita wajib membantu mereka mencapai perestasi yang telah ditetapkan.
b. Kita wajib membantu membina karier mereka.Ada sesetengah pekerja tidak akan selamanya bekerja dengan syarikat kita tetapi tanggungjawab di atas tetap perlu dilaksanakan.Haji Mahyudin, Mantan Pengarah Sumber Manusia Nestle
Alhamdulillah, saya mempunyai rekod yang agak baik dengan semua pekerja saya setakat ini. Saya sentiasa menganggap mereka sebagai sebahagian keluarga saya dan walaupun kini sebahagian mereka tidak bekerja dengan saya lagi tetapi mereka sentiasa menghulurkan tangan apabila saya memerlukan bantuan.
#8 – Pemasaran Adalah Nadi Perniagaan
Saya adalah orang di dalam bidang pemasaran. Jadi saya berpendapat bahawa pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik bisnes. Bagi saya pemasaranlah yang akan menentukan kejayaan syarikat anda dalam jangka masa pendek. Perkara-perkara lain seperti penjenamaan, pembahagian pasaran, kualiti produk dan sebagainya itu adalah faktor yang menentukan kejayaan untuk tempoh jangka panjang.
Oleh itu, anda perlu memiliki ilmu pemasaran yang secukupnya untuk mengemudi perniagaan dan syarikat anda pergi lebih jauh. Apa yang saya lihat syarikat Melayu terlalu takut untuk mengeluarkan bajet pengiklanan. Jika disebut RM20,000 atau RM100,000 sebulan untuk pemasaran dirasakan sangat tidak masuk akal!
Tetapi kalau beli kereta mewah berharga RM500,000 menggunakan duit syarikat, masuk akal pula! Tiada cara lain untuk kita bersaing di dalam pasaran terbuka sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik kita melakukan pemasaran. Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.
Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal.Donald Trump, Billionaire Amerika
Semakin besar bajet pemasaran kita, semakin besar capaian kempen kita kepada prospek. Secara tidak langsung, jualan dan penjenamaan perniagaan kita juga akan meningkat.
Walaupun syarikat dan perniagaan anda telah stabil dan mencatatkan jualan yang konsisten, jangan lupa untuk sentiasa wujudkan bajet pemasaran. Ini kerana bajet pemasaran seperti bajet pertahanan sesebuah negara. Walaupun sesuatu negara itu tidak berperang, mereka tetap perlu agihkan bajet pertahanan saban tahun untuk mengukuhkan pertahanan. Kadang-kadang kita melaburkan duit pemasaran hanya untuk mengukuhkan penjamaan kita di pasaran sahaja.
Nanti saya kongsikan pada entri akan datang bagaimana salah satu syarikat kecil yang saya berikan nasihat membelanjakan RM10,000-RM20,000 sebulan untuk pemasaran dan sekali gus meningkatkan jenama syarikat tersebut dengan cepat di dalam industrinya. Jualan pula mencecah 7 angka setahun.
#9 – Perlu Ada Mentor Perniagaan

Ketika menuntut ilmu mengenai kepimpinan syarikat bersama mentor, Tuan Haji Mahyudin.
Bagi saya sudah menjadi satu kewajipan untuk kita memiliki mentor atau penasihat bagi perniagaan kita. Dengan adanya mentor atau penasihat maka kita akan dapat menjana banyak idea untuk mengembangkan perniagaan yang kita usahakan ke tahap yang lebih baik dan kita juga dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan mudah.
Apabila saya ditimpa sebarang masalah sama ada dari segi model bisnes, pekerja, pemasaran dan apa sahaja aspek di dalam perniagaan, saya ada individu yang digelar mentor untuk saya ajukan permasalahan.
Oleh itu, carilah mentor yang bersesuaian dengan perniagaan yang anda ingin usahakan. Mentor tidak akan sesekali menyelesaikan masalah bagi pihak kita, sebaliknya mereka akan menunjukkan jalan kepada kita bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.
Setiap mentor mempunyai prinsip dan mazhab bisnes yang tersendiri. Oleh itu, jangan terikat dengan seorang mentor sahaja. Cari pelbagai mentor agar persepsi anda terhadap sesuatu perkara dan permasalahan lebih terbuka. Saya sendiri mempunyai beberapa orang mentor dan penasihat untuk perniagaan saya.
Kebanyakkan mereka adalah mentor yang tidak dikenali ramai tetapi nasihat mereka tersangatlah berharga seperti mutiara yang mahal harganya.
#10 – Perlukan Modal Yang Mencukupi Untuk Mengubah Dunia
Bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan sendiri, saya sarankan agar mencuba model perniagaan yang lebih mudah untuk menghasilkan duit. Elakkan mencuba model perniagaan yang terlalu sukar atau menelan kos yang tinggi untuk direalisasikan.
Sebagai contoh model bisnes yang lebih mudah ialah anda mengambil baju kurung dari Vietnam dan menjual kembali di pasaran tempatan, anda menghasilkan produk digital dan menjualnya di pasaran internet, anda mengambil kasut daripada Brazil dan menjualnya melalui internet dan 1001 jenis perniagaan lagi.
Model bisnes sebegini lebih mudah kerana anda akan mendapat aliran wang tunai yang cepat. Berbeza dengan model bisnes yang bersifat inovatif atau millennium yang sedikit sukar. Apabila kita menghasilkan sesuatu produk, maka kita tidak terus menjana pendapatan daripada produk tersebut tetapi kita akan menjana pendapatan daripada perkara-perkara lain yang menjadi sampingan.
Contohnya bagaimana model bisnes Facebook? Facebook merupakan platform yang diberikan secara percuma kepada pengguna yang ingin bersosial di alam maya. Jadi bagaimana Facebook buat duit? Facebook akan buat duit melalui pengikalanan yang mereka perkenalkan. Tetapi sebelum memperkenalkan pengikalanan, mereka perlu menghidupkan platform percuma mereka terlebih dahulu.
Proses untuk menghidupkan platform tersebut menelan masa, kos dan komitmen yang sangat tinggi. Ini saya gelarkan model bisnes yang ingin mengubah dunia. Ia bersifat keuntungan jangka masa panjang. Rata-rata orang muda seperti saya lebih berminat model bisnes seperti ini tetapi tidak semua mampu untuk merealisasikan model bisnes ini kerana tiada modal yang mencukupi.
Sebagai contoh syarikat saya ada membangunkan platform perniagaan online berasaskan dropship iaitu Yosh.my. Sejak dua tahun lepas kami berbelanja sekitar RM20,000 setiap bulan untuk mengekalkan sistem tersebut. Tetapi Yosh.my masih belum memberikan pulangan yang menguntungkan kepada kami.
Malah dua bulan lepas kami telah membuat keputusan untuk melakukan sedikit perubahan dan sistem Yosh.my terpaksa ditutup pendaftarannya seketika. Di dalam proses melakukan perubahan ini, Yosh.my menelan belanja RM51,781.15 pada bulan Oktober 2013 dan RM19,071.86 pada bulan November 2013.
Jumlah terkumpul untuk dua bulan terakhir sahaja mencecahRM70,853.01 dengan keadaan Yosh.my memberikan pulangan sebanyak RM0.00 kepada saya!
Model bisnes sebegini sememangnya mencabar kerana saya menggunakan 100% wang peribadi. Tetapi jika anda menggunakan wang pemodal rasanya lebih mudah untuk merealisasikan model bisnes sebegini. Pokoknya, modal mesti cukup. Jika tiada modal secukupnya, jangan cuba-cuba dengan model bisnes ini!
#11 – Kejayaan Tidak Datang Dengan Cepat
Sejak kebelakangan ini ramai sekali mereka yang ingin berjaya dengan cepat di dalam perniagaan. Apabila mereka memulakan perniagaan hari ini maka mereka ingin mengecapi kejayaan yang besar dalam masa 3 bulan atau 6 bulan akan datang.
Mungkin kita terlalu banyak membaca kisah kejayaan orang lain di dalam perniagaan yang mana semuanya menceritakan bagaimana kejayaan mereka di dalam satu malam. Sedangkan orang berjaya tersebut tidak bercerita pula selama mana mereka perlu berusaha dan berusah-payah sebelum berjaya.
Saya teringat kata-kata Dato Hishamuddin di dalam satu ceramah keusahawanan beliau.
Saya tidak faham kenapa anak muda sekarang apabila berniaga hendak cepat kaya. Sedangkan Karangkraf mengambil masa puluhan tahun untuk mencapai tahap sekarang!Dato Hishamuddin, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf
Jadi usahlah terlalu cepat ingin berjaya di dalam perniagaan khususnya kepada orang muda. Dek kerana nak cepat kaya ini juga banyak orang kita terjebak dengan skim-skim dan pelaburan yang tidak sepatutnya.
Letaklah sasaran yang realistik untuk dicapai. Tanya kepada diri sendiri, dimanakah tahap perniagaan anda setahun akan datang, tiga tahun akan datang, lima tahun akan datang dan seterusnya. Insyallah kerjayaan sentiasa mendampingi mereka yang berusaha.
Sumber : http://adlymukhtar.com/blog/11-perkara-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-memulakan-bisnes-sendiri.html
Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.
ReplyDelete