DATUK MAZNAH HAMID (SECURIFORCE SDN BHD)

LATAR BELAKANG
NAMA: Datuk Maznah Hamid
USIA: 60 tahun
LAHIR: dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam ,Kedah
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN:
1) Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah
2) Sekolah Menengah Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah
3) bidang Linguistik di Pusat Bahasa, CML
4) Diploma Administration Business Executive ( ABE )
5) Personnel Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)
6) Diploma in Personal and Personnel Management - Personal Development Leadership Corporations (PDL)
7) Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education - Hawaii, USA
8) Business School For Entrepreneurs, USA
9) Business School For Investors, Singapore
10) Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.
JAWATAN:
1. Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE (1981 - kini)
2. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) (Mac 1992 - 2003)
3. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad (1995 - kini)
4. Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji ( LTH ) (Feb 1997 - Feb 2001)
5. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah ( Negeri Kedah ), (Julai 1997 - kini)
6. Pengerusi Tabung Haji Travel Industries Sdn. Bhd. (Dis 1997 - Dis 1998)
7. Presiden Kehormat, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Wilayah Utara (USAHAWATI), (Julai 1999 - kini)
8. Pengerusi DANAU LUMAYAN (Pemaju Hartanah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur), (1997 - kini)
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Bermula daripada sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan, ia telah berkembang kepada perkhidmatan kargo,pengangkutan kargo,pembekalan sistem CCTV,central monitoring,sistem kawalan kebakaran dan pelbagai peralatan elektronik.
Sebuah syarikat keselamatan terkenal iaitu"SECURIFORCE SDN BHD". Memang diakui "Securiforce Sdn Bhd" adalah antara syarikat yang menawarkan khidmat kawalan keselamatan yang terkenal di Malaysia. Antara anak syarikat dibawah "Securiforce Sdn Bhd" ialah Securiforce Electronics, Securiforce Technologies, Securiforce Transport dan Securiforce Logistics.
MEMBANGUNKAN PERNIAGAAN
Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.
Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri.Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah MOtivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yang berjaya.
![]() |
DATUK WAN MOHD SANI SALLEH (SANI EKSPRESS)
Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber ,saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri. Pelanggan sering kali beranggapan serong terhadap perkhidmatan pengangkutan darat.Tetapi beliau menggubah tanggapan orang ramai dengan menubuhkan SANI EKSPRESS yang memberikan perkhidmatan selesa,selamat kepada pengguna.
Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber ,saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri. Pelanggan sering kali beranggapan serong terhadap perkhidmatan pengangkutan darat.Tetapi beliau menggubah tanggapan orang ramai dengan menubuhkan SANI EKSPRESS yang memberikan perkhidmatan selesa,selamat kepada pengguna.
LATAR BELAKANG
NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA: 33 tahun
LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)
Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.
Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.
Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.
Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.
Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.
“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.
Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.
“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.
Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.
“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.
“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.
Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.
Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?
“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.
Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.
“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.
“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.
“Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.
“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.
Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.
“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.
DATO' ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN (PRODUK D'HERBS)
Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber ,saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri. Produk kecantikan dan kesihatan lebih di dominasi oleh usahawan kaum wanita.Sikap beliau yang tidak mudah putus asa,berkeyakinan tinggi dan ramah merupakan semangat dan pencetus beliau untuk lebih maju kehadapan.
Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber ,saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri. Produk kecantikan dan kesihatan lebih di dominasi oleh usahawan kaum wanita.Sikap beliau yang tidak mudah putus asa,berkeyakinan tinggi dan ramah merupakan semangat dan pencetus beliau untuk lebih maju kehadapan.
LATAR BELAKANG
NAMA: Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman
USIA: 28 tahun
LAHIR: 03 April 1987 di Felda Kechau ,Kuala Lipis, Pahang.
ADIK BERADIK: anak ketiga daripada tujuh orang
PENDIDIKAN:
1)Sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor
2)Sekolah Menengah Telok Gadong Klang
3)Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan
4)Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam
5)Taylor Collage.
JAWATAN: Pengarah Urusan D'Herb Healthy Sdn.Bhd
Terlajakkk Laris… Pernahkah anda mendengarnya di mana-mana?
Menggunakan tagline ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi pemasaran, beliau memang boleh dianggap benar-benar berjaya. Tagline yang mudah dan ringkas itu seakan-akan menjadi satu fenomena yang kini meniti di bibir segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia. Siapakah gerangan pencetus fenomena itu? Beliau ialah jutawan muda, Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman. Anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi itu mengakui menerajui perniagaan yang didominasi wanita bukan satu perjalanan mudah. Masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau. Namun, mengingatkan asal-usul dan kesusahan yang dihadapi sejak kecil, menjadikan beliau untuk terus kuat berniaga. Kesusahan itu menjadikan beliau mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengalaman itu beliau jadikan didikan untuk menerajui syarikatnya kini.
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah.
Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.
Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. Namun kini, syarikat itu sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.
Menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai jurucakap produknya, menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei. Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus berasaskan herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran. Produk D’ Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu, dan pusat jualan D’ Herbs sendiri.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya. Menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras, beliau berharap dapat mengembangkan jenama D’ Herbs sebagai satu jenama global. Di samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih pilihan kepada para pengguna.
MAWAR ABDUL KARIM (TUDUNG FAREEDA NYATA JELITA..)
Saya memilih usahawan ini untuk segmen "Tokoh-Tokoh Usahawan" dalam blog saya. Setelah mencari maklumat tentang beliau daripada pelbagai sumber ,saya terkesan dengan setiap usaha yang beliau telah lakukan untuk mencapai kejayaan aktualisasi diri. Beliau mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan supaya dapat bersaing dalam pasaran.Sentiasa kreatif dalam rekaan tudung stail yang baru dengan kombinasi warna tudung yang menarik.Pernah diuji dengan penciplakkan jenama tudungnya tetapi beliau tidak berputus asa dan terus maju dalam perniagaan sehingga kini dan mendapat tempat dihati pelanggan setia.
Umur : 24 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Agama : Islam
Tempat Menetap : Kuala Lumpur
Status : Berkahwin (Isteri Fizo Omar)
Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA
Mawar ialah anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda. Mereka berdua bergelar suami isteri pada 10 November 2013 di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang.
Tidak dapat dinafikan bahawa kegagalan adalah satu perkara yang sangat pahit untuk ditelan. Walaupun sukar untuk kita melaluinya, namun jika kita melihat kegagalan tersebut daripada sudut yang positif, pastinya kegagalan itu akan menjadi titik pengubah kepada kehidupan kita. Begitulah yang dilalui oleh Pengarah Urusan Fareeda House of Scarf, Puan Faridah Zakaria. Beliau menganggap kegagalan dalam perniagaannya sebelum ini sebagai cabaran dan dugaan yang mencorakkan kehidupannya pada masa depan. Semangat beliau tidak pernah luntur untuk bangkit semula mencapai kejayaan. Keazaman beliau untuk mengubah nasib keluarga menjadikan beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa, dan hasilnya, lahirlah Fareeda House of Scarf yang menjadi dambaan wanita berhijab pada masa kini.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu, dan itulah yang terjadi kepada beliau yang sesekali tidak pernah menyangka berjaya membina jenama perniagaan tudungnya sendiri. Wanita kelahiran Singapura namun dibesarkan di Pulau Pinang ini pada mulanya berjinak-jinak dalam bidang kecantikan dan pernah membuka sebuah salun kecantikan di Pulau Pinang.
Namun, perniagaan tersebut kurang mendapat sambutan dan hanya mampu bertahan selama setahun lebih sahaja. Selepas kegagalan perniagaan salun kecantikannya itu, beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain dan ini memberi tekanan kepada beliau kerana kehidupannya benar-benar susah ketika itu. Memikirkan yang beliau perlu menyara keluarga, beliau tidak mampu untuk duduk berdiam diri tanpa pekerjaan lagi. Beliau perlu membuat sesuatu untuk mengubah nasib keluarganya, dan ketika itulah beliau mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual tudung Dubai kepada rakan-rakan terdekat.

Beliau kemudiannya mendapat ilham untuk menghasilkan sendiri tudung untuk dipakai beliau berikutan berasa susah hati kerana tidak menjumpai tudung yang disukainya. Bermula dari situlah, bermulanya rekaan tudung Fareeda di mana rekaan dan potongan tudung tersebut adalah hasil daripada ilham beliau sendiri. Beliau telah membuktikan jika kita berani mencuba, sesuatu perkara itu tidaklah mustahil untuk dicapai. Apabila beliau mula memakai tudung buatannya sendiri, rakan-rakan dan saudara terdekat beliau mula menunjukkan minat dengan gaya tudung yang dihasilkan oleh beliau, dan kemudiannya mula membeli tudung daripada beliau. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk membuka perniagaan menjual tudung rekaannya bermula di rumah. Ketika itu, beliau hanya mempunyai dua mesin jahit iaitu satu untuk jahitan tepi dan satu untuk jahitan biasa. Dengan keupayaan dua buah mesin jahit itulah, beliau bertungkus-lumus untuk menyediakan tempahan tudung-tudung yang tidak putus-putus daripada pelanggannya.
Beliau menerima beratus-ratus tempahan dalam sehari dan tempahan tersebut perlu disiapkan dalam kadar yang segera. Masa yang dimiliki oleh beliau sangat terbatas ekoran perlu menjaga anak, mengurus rumahtangga, menjahit tudung dan juga melayan pelanggan dalam satu masa yang sama. Beliau hanya mampu untuk tidur dua hingga ke tiga jam sahaja sehari dan ini bukanlah alasan untuk beliau untuk patah semangat, malah ianya mendidik beliau untuk menjadi lebih berdisiplin dan menghargai masa. Beliau berasa sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi semangat juga dorongan kepadanya selama ini untuk terus maju ke hadapan bersama Fareeda. Malah suaminya juga banyak memberi idea dalam penghasilan rekaan tudung Fareeda.
Kini Fareeda House of Scarf mempunyai lebih daripada 100 pekerja dan 300 pengedar yang berjaya menjual hampir 20000 helai tudung setiap bulan terutamanya di cawangan Fareeda di Bangi, Selangor. Pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan tudung Fareeda lebih-lebih lagi jika edisi rekaan terbaru Fareeda berada di pasaran kerana setiap rekaan yang dihasilkan adalah terhad demi menjaga kualiti Fareeda. Walaupun harga tudung Fareeda dilihat agak mahal, dengan harga permulaan bermula pada sekitar harga RM150 sehelai, pelanggan tegarnya tetap tidak berganjak ke jenama tudung lain berikutan kain yang digunakan untuk menghasilkan tudung Fareeda adalah daripada kain yang berkualiti tinggi dari luar negara. Hal ini bukan sahaja mampu memikat hati pelanggan, malah memastikan Fareeda dapat bersaing dengan syarikat lain di Malaysia.
Perbezaan antara Fareeda dengan jenama tudung yang lain adalah kualiti dan gaya yang menarik di dalam setiap penghasilan tudung Fareeda. Berpegang pada cita-cita ingin menjadikan wanita bertudung kelihatan anggun dan mengetengahkan lagi sifat kewanitaan di dalam diri mereka, Faridah berazam akan terus berusaha menghasilkan rekaan-rekaan baru yang segar dan unik agar Fareeda terus menjadi penyeri kepada wanita-wanita berhijab di luar sana.
No comments:
Post a Comment