Monday, 4 May 2015

CIRI- CIRI SEORANG USAHAWAN

 Bukan semua insan dilahirkan untuk berjaya.Tetapi kejayaan dapat dikecapi apabila seseorang itu memiliki beberapa sifat dan sikap dalam diri mereka.Pengkaji yang mengkaji ciri-ciri usahawan seperti John Kao(1991),Stevenson dan Gumpert(1985),Gartner(1989),Shefsky(1994) dan ramai lagi telah mengaitkan seseorang usahawan berjaya itu dapat dikenalpasti melalui beberapa sifat dan sikap. Antaranya :

1)KOMITMEN DAN KEAZAMAN

Merupakan ciri yang paling penting dalam diri seorang usahawan kerana dapat menentukan kejayaan perniagaan yang diceburi terutamanya perniagaan baru.Perniagaan baru masih terdedah dengan risiko  dan halangan-halangan bakal muncul memerlukan usahawan memilik komitmen dan keazaman yang kuat bagi mengatasi rasa takut.

2)BERINISIATIF DAN BERTANGGUNGJAWAB

Usahawan berkebolehan untuk berfikir secara rasional dan pantas setiap tindakan sebelum terlambat.Seorang usahawan bertanggungjawab untuk memajukan perniagaannya.Jika perniagaan mengalami kejatuhan,usahawan juga perlu bertanggungjawab kepada setiap pekerjanya.


3)SENTIASA MELIHAT DAN MEREBUT PELUANG YANG ADA

Usahawan sentiasa peka dan merebut peluang untuk memenuhi keperluan terhadap persekitaran yang sentiasa wujud perubahan cita rasa,sikap dan cara hidup pengguna,penemuan teknologi baharu dan sumber-sumber alam yang belum diterokai,peraturan dan undang-undang kerajaan,masalah-masalah sosial yang wujud dan sebagainya.

4)TOLERANSI TERHADAP RISIKO,KEKABURAN DAN KETIDAKPASTIAN

Usahawan perlu bijak mengurus dan mengenal pasti risiko bagi setiap keputusan yang diambil agar perolehi ganjaran atau pulangan yang setimpal pada masa akan datang.Selain itu,usahawan harus berkebolehan untuk memindahkan sebahagian risiko kepada orang lain seperti pelabur,pihak bank,pelanggan,pembekal dan sebagainya untuk mengurangkan risiko yang dihadapi.Disamping itu,usahawan memerlukan pengetahuan yang luas terhadap kekaburan dan ketidakpastian dan mengetahui cara untuk mengurangkannya.

5)BERFIKIRAN KREATIF DAN BERINOVASI

Perubahan persekitaran dan permintaan pelanggan memerlukan usahawan berfikiran kreatif dan berinovasi supaya dapat mneyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dan bertindak balas secara fleksibel terhadap setiap perubahan.

6)BERKEYAKINAN TINGGI DAN BERSIFAT OPTIMISTIK

Pembelajaran secara berterusan akan meningkatkan keyakinan diri.Di samping itu ,usahawan bersikap percaya dan yakin tentang apa yang hendak dicapai berada dalam kawalan mereka.

7)SANGGUP BELAJAR DARIPADA KESILAPAN DAN KEGAGALAN

Setiap perniagaan akan mengalami jatuh bangunnya.Oleh itu,usahawan perlu elakkan bersikap takut untuk belajar daripada kesilapan dan kegagalan yang menjadikan pengalaman sebagai satu panduan  pembaikan pada masa akan datang.

8)TAHAP TENAGA YANG TINGGI

Keupayaan bertenaga tinggi mampu menjadikan usahawan dapat menangani masalah dan cabaran yang bakal dihadapi dengan baik.Bagi perniagaan yang baru ditubuhkan, usahawan perlu bekerja keras dan tahap tenaga yang tinggi.


9)BERWAWASAN TINGGI

Matlamat yang jelas  terbentuk daripada perancangan yang teliti oleh usahawan yang berwawasan tinggi.Setiap perancangan perlu ada manfaat untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

10)BERUPAYA MEMIMPIN

Mahir serta pakar dalam sesuatu perkara itu mampu menjadikan seorang usahawan berupaya untuk memimpin orang bawahannya dengan baik dan berkesan.

11)KEHENDAK KEPADA RESPON ATAU MAKLUM BALAS SEGERA

Usahawan itu sentiasa ingin mengetahui  dengan segera tahap pencapaian mereka tentang prestasi mereka meskipun kritikan bersifat negatif.

Sumber :
  1. Norita Deraman,Armanurah Muhamad,Habshah Bakar,Norashidah Hashim dan Ooi Yeng Keat,Keusahawanan Teori dan Praktis,page 18 & 19

No comments:

Post a Comment